Monday, September 13, 2010




"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" [3:190][ALI IMRAN]

Pernahkah anda mendengar frasa ini : Sedangkan pokok-pokok yang sudah kering,mati,layu dan gersang boleh dihidupkan Allah,inikan pula manusia.

Tahukah anda maksudnya apa?

Dahulu saya hanya mendengar sahaja.Tetapi tidak memahami apakah maksud tersirat.

Tetapi,Alhamdulillah kini saya sudah faham maksudnya.

Begini,mungkin di Malaysia tiada kejadian seperti itu,tetapi di negara yang mempunyai empat musim,ketika musim salji,semua daun akan layu gugur.

Pokok-pokok akan tidak berdaun.Dilihat dari mata kasarnya sudah mati.Ya.Memang tiada apa-apa yang tinggal sepanjang musim sejuk.

Tetapi,apabila tamat sahaja musim sejuk,daun-daunpun mula berkuncup kembang kembali.

Semalam,saya pergi bersiar-siar,masih banyak pokok yang tidak tumbuh kembali.Tetapi,sudah banyak juga pokok yang mula berputik.

Apa yang hendak disampaikan di sini,kejadian ini adalah bukti kekuasaan Allah.Ada dua perkara yang saya nampak di sini.

1) Bagi orang yang tidak beriman,hendak ditunjukkan kepada mereka di sini bahawa,semua manusia akan dihidupkan kembali kelak di akhirat.Dan,kita semua akan diadili berdasarkan apa yang kita buat di dunia ini.

2) Sedang pokok yang mati boleh berubah,inikan pula manusia.Ini bermaksud,setiap manusia boleh berubah.Apa yang diperlukan oleh kita untuk berubah hanyalah doa,semangat dan keinginan.

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda,di bawah ini diletakkan gambar yang saya tangkap semalam.


Lihat,sudah mati bukan?Sedikit masa lagi ianya akan tumbuh kembali.

Begitu juga dengan kita.Jika kita sentiasa membiarkan diri kita melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan berdosa,pastilah hati kita menjadi layu seperti pokok ini di musim sejuk (winter).

Tetapi,jika kita mendekatkan diri kita dengan kebaikan,membaca Al-Quran,menjaga solat dan sebagainya,pastilah hati kita akan menjadi tenang dan cerah,seperti pokok ini di musim panas (summer) kelak,berdaun rimbun,berbuah lebat.


Saya menulis ini untuk memperingatkan diri saya juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment